AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

Facebook
WhatsApp
PENINGKATAN kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

JAKARTA: AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, peningkatan kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan.

“Laluan Kuching ke Jakarta ini juga sangat penting sebagai penghubung antara Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu negara yang baharu, Nusantara, di Kalimantan Timur,” kata syarikat penerbangan itu.

Tempat duduk boleh ditempah untuk penerbangan segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web airasia.com.

Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia dilancarkan pada 15 Jun tahun lepas.

Ia kemudiannya menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua bandar raya, khususnya warga Indonesia yang mengunjungi Kuching untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan warisan sejarah Sarawak serta penumpang dari Sarawak untuk membeli-belah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas. Pada 9.09