Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AirAsia lancar dua laluan baharu ke China
  • BISNES

AirAsia lancar dua laluan baharu ke China

Utusan Sarawak 9 months ago

KUALA LUMPUR: AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzhen mulai 28 Oktober 2024 manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou akan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan, katanya dalam satu kenyataan.

“Sempena meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan antara Pulau Pinang dan Shenzhen bermula daripada RM329 termasuk semua sehala serta penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou dengan tambang bermula dari RM299 termasuk semua sehala, tertakluk kepada terma dan syarat dikenakan.

AirAsia berkata semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 8 September 2024.

“Tempah penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 dan dari Kota Kinabalu ke Shantou antara 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025, nikmati tambang promosi istimewa ditawarkan pada tempoh berkenaan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Raja Arshad dilantik sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharu PHB
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.