Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Air mata 10 tahun berbaloi, Mohammad Yusof raih gelaran Olahragawan Paralimpik
  • SUKAN

Air mata 10 tahun berbaloi, Mohammad Yusof raih gelaran Olahragawan Paralimpik

Utusan Sarawak 5 hours ago
JAGUH para berbasikal Mohammad Yusof Hafizi Shahruddin yang dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan ketika ditemu bual selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Air mata dan titisan peluh sepanjang sedekad berkecimpung dalam arena para berbasikal akhirnya membuahkan hasil apabila impian Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin untuk bergelar Olahragawan Paralimpik menjadi kenyataan.

Mohammad Yusof dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Atlet kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu menyifatkan anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan dan kerja kerasnya selama 10 tahun berdepan pelbagai cabaran demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

“Anugerah ini adalah tanda kerja keras saya selama 10 tahun. Memang saya sangat idamkan gelaran Olahragawan ini sebagai hadiah untuk ibu bapa saya,” kata juara dunia berusia 28 tahun itu pada sidang media selepas menerima anugerah tersebut.

Mengulas lanjut, Mohammad Yusof berkata, fokus utamanya kini terarah kepada persiapan menjelang Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland yang dijadualkan bermula Julai ini yang juga merupakan penampilan pertamanya di temasya berkenaan. 

Selain Sukan Komanwel, beliau turut bakal menggalas cabaran negara di Sukan Para Asia dan Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Belanda masing-masing pada Oktober.

Sementara itu, mengulas mengenai potensi penampilannya di Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28), Mohammad Yusof menyerahkan perkara itu kepada strategi barisan kejurulatihan.

Mohammad Yusof mencipta sensasi apabila meraih pingat emas pertama dunia buat negara menerusi acara pecut 200 meter kategori MC1 di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pada majlis ASN 2025 hari ini, beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan menjadi milik atlet para renang Lim Carmen.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemenang bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan masing-masing menerima piala, piala iringan, sijil penghargaan dan hadiah wang tunai RM20,000. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Bayangkan Cristiano Ronaldo datang ke Kuching’ — KCFC ke ACL2 bantu promosi nama Sarawak di pentas antarabangsa
Next: Kuching jadi pentas perlawanan pertunjukan pickleball antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.