Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun di kebanyakan negara Islam – Pusat Astronomi Antarabangsa
  • GLOBAL

Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun di kebanyakan negara Islam – Pusat Astronomi Antarabangsa

Utusan Sarawak 2 days ago

Anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

ABU DHABI: Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.

Beliau menambah bahawa anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.

Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun.

— BERNAMA-WAM

Continue Reading

Previous: Cuaca buruk jejas puluhan penerbangan di Delhi
Next: Tindakan Israel di Gaza tidak boleh dijustifikasi sebagai ‘memerangi keganasan’  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.