Ahmad Zahid ucap tahniah kepada johan qari, qariah Tilawah dan Hafazan Kebangsaan

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada johan qari dan qariah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada johan qari dan qariah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berharap kejayaan pada majlis yang melabuhkan tirainya di Terengganu malam tadi itu, menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami serta menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Bersama-sama kita mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah,” katanya.

Johan qari diraih oleh Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali dari Perak manakala johan qariah dimenangi Nur Syakura Mohamad Musa dari Sarawak.

Cik Hasnul Taqiyuddin, 25, merupakan penuntut tahun tiga jurusan Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Nur Syakura, 31, adalah penyelia Guru Al-Quran di Majlis Islam Sarawak.

-Bernama