Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahmad Johnie bersama komuniti Daro edar juadah berbuka puasa
  • Tengah
  • WILAYAH

Ahmad Johnie bersama komuniti Daro edar juadah berbuka puasa

Utusan Sarawak 5 hours ago
SANTUNI… Ahmad Johnie bersama pihak penganjur turun padang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai di sekitar pekan Daro, semalam. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni orang ramai di sekitar pekan Daro menerusi Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Sri Kandi, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Daro serta Penjaja Kecil Daro, semalam.

Pada majlis tersebut, Ahmad Johnie bersama pihak penganjur turun padang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai di sekitar tersebut, termasuk pengunjung yang berjalan kaki serta pengguna kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

RAKAM KENANGAN… Ahmad Johnie bergambar kenangan bersama penganjur.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam berkongsi rezeki sepanjang Ramadan, di samping menyemarakkan amalan bersedekah serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rubiah pantau projek Jambatan Selampit, sasar siap 2026 
Next: Program Bubur Lambuk, Bakul Ramadan semarakkan solidariti warga Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.