Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Ahli SABERKAS Marudi tawan Bukit Dabai
  • STAIL

Ahli SABERKAS Marudi tawan Bukit Dabai

Utusan Sarawak 3 years ago

UNTUK KENANGAN… Ahli SABERKAS cawangan Marudi mengabadikan kenangan di puncak Bukit Dabai yang
berkabus.

AKTIVITI  hiking atau mendaki bukit semakin menjadi kegilaan ramai sekarang ini sebagai salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Bukit atau gunung kini menjadi destinasi pilihan yang dilakukan pelbagai peringkat umur untuk membuang peluh sambil menikmati keindahan alam.

Kebelakangan ini kerap kita lihat pelbagai aktiviti luar dilakukan orang awam.

Ini sedikit sebanyak memberi petanda bahawa umum telah menyedari bahawa selain menghabiskan masa di tempat kerja atau memerap di rumah, aktiviti luar menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan manusia.

Baru-baru ini  seramai 15 orang ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)  cawangan Marudi mengadakan aktiviti pendakian Bukit Dabai, salah satu tempat ‘hiking’   di Marudi yang terletak di perkampungan masyarakat Iban di kawasan Gudang.

Jarak daripada pekan Marudi ke Bukit Dabai mengambil masa 30 hingga 35 minit dengan menggunakan kenderaan.

Bukit Dabai terkenal dengan kecuramannya yang membuatkan golongan belia dan remaja teruja meluangkan masa mereka untuk menawan puncak bukit ini.

Setiausaha SABERKAS cawangan Marudi Nazarunie  Solhie yang turut serta dalam rombongan pendakian bukit tersebut berkata, pendaki mengambil masa 50 minit sehingga sejam  untuk sampai ke puncak, sekiranya tidak berhenti sepanjang pendakian.

Katanya mendaki bukit secara asasnya boleh menyihatkan badan terutama jika seseorang itu mendaki dengan cepat menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti berimpak rendah yang cukup bagus untuk tubuh badan.

Aktiviti mendaki bukit menurut beliau mampu mencabar stamina seseorang kerana ia dapat membakar kalori yang  banyak  serta melibatkan latihan kardio.

Mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pengerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang, jelasnya.

Mendaki juga boleh menguatkan silaturahim sesama ahli SABERKAS, selain meningkatkan rangkaian sosial buat mereka yang  berkongsi hobi serupa, serta  memberi  peluang kepada semuayang terlibat untuk berinteraksi dengan dunia luar.

Selain itu ia juga bertujuan memupuk budaya bersukan melalui aktiviti hiking  dan pendakian bukit untuk kecergasan dan kesihatan fizikal dan mental.

Bukit Dabai pada masa ini menjadi destinasi popular di daerah ini khasnya untuk aktiviti mendaki,  riadah dan sebagainya.

Bukit Dabai juga menawarkan lokasi pendakian yang agak mencabar dan menyeronokkan tetapi berbaloi kerana terdapat pemandangan indah dan menarik apabila berada di puncak bukit tersebut.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: UNIMAS lebarkan sayap ke Kuala Lumpur
Next: Tugas lapangan bantu pelajar dalami ekopelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.