Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli Parlimen perlu sesuaikan diri dengan cabaran baharu, penuhi harapan rakyat
  • SEMASA

Ahli Parlimen perlu sesuaikan diri dengan cabaran baharu, penuhi harapan rakyat

Utusan Sarawak 8 months ago
SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberi momento kepada Naib Pengerusi Commonwealth Women Parlimentarian (CWP) dan Ahli Majlis Perundangan Australia Barat, Kate Doust semasa makan malam sebagai penghormatan kepada peserta Program Residensi Pembangunan Parlimen Lanjutan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), di bangunan Parlimen, malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen mesti menyesuaikan diri dengan cabaran baharu melalui kaedah bertemu orang ramai, memastikan kebolehcapaian, mengekalkan ketelusan dan meningkatkan pengawasan perundangan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

“Mereka juga perlu menggubal undang-undang yang menangani perubahan keperluan masyarakat sambil menjamin akauntabiliti kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam yang dianjurkan untuk peserta program Advanced Parliamentary Development Residency Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di bangunan Parlimen di sini, malam tadi.

Johari berkata hal ini kerana, pada zaman sekarang orang ramai mengharapkan sifat bertanggungjawab daripada pembuat keputusan termasuk pegawai kerajaan dan pemimpin politik, serta telus dalam proses membuat keputusan.

“Orang ramai mahu jaminan bahawa keputusan berkenaan akan melindungi hak mereka dan mengharapkan tadbir urus yang berkesan daripada pemimpin,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sebagai penggubal undang-undang, Ahli Parlimen perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran bagi mencadangkan dan melaksanakan dasar yang memenuhi keperluan rakyat.

“Menurut laporan Kesatuan Antara Parlimen Parliament and Democracy in the 21st Century, Ahli Parlimen dalam dunia hari ini perlu, antaranya, mewakili kehendak rakyat dan melaksanakan harapan mereka untuk tadbir urus yang responsif dan bertanggungjawab,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Setiausaha Kehormat CPA Malaysia turut hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Johari berkata, program berkenaan tepat pada masanya kerana ia membolehkan Ahli Parlimen dan petugasnya berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam konteks aktiviti parlimen, cabaran tadbir urus dan amalan perundangan terbaik dari seluruh Komanwel.

“Program ini menawarkan peserta peluang untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang ciri-ciri teras yang mentakrifkan seorang Ahli Parlimen pada abad ke-21,” katanya.

Sementara itu, Noraini berkata Ahli Parlimen perlu menilai kerumitan dan kepakaran yang diperlukan untuk menguruskan teknologi baharu secara bertanggungjawab dan beretika.

“Keutamaan kami ialah membangunkan peraturan dan rangka kerja tadbir urus yang berkesan. Hal ini termasuk mewujudkan garis panduan jelas untuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), melaksanakan audit, memastikan ketelusan dan latihan komprehensif.

“Selain itu, berkongsi pengalaman dan mempelajari amalan terbaik antara satu sama lain dapat meningkatkan kecekapan kita dalam menangani isu-isu ini.

“Libat urus berterusan, seperti program Advanced Parliamentary Development Residency ini penting dalam memastikan semua Ahli Parlimen sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini dalam konteks perundangan,” katanya.

Sebanyak 30 Ahli Parlimen dari negara Komanwel termasuk Malaysia, menyertai program berkenaan yang diadakan bermula hari ini hingga 28 September. Aktiviti peserta termasuk lawatan ke Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Sept, selepas mengadakan kunjungan ke Dewan Negara dan Dewan Rakyat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anggota tentera maut terkena tembakan dikenal pasti 
Next: Panglima Briged Kesembilan kunjungi keluarga mendiang Petrus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.