Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ahli gusti India Vinesh Phogat dibatalkan daripada bertanding di final Olimpik Paris
  • SUKAN

Ahli gusti India Vinesh Phogat dibatalkan daripada bertanding di final Olimpik Paris

Utusan Sarawak 10 months ago
AHLI gusti India, Vinesh Phogat.

NEW DELHI: Ahli gusti India, Vinesh Phogat telah dibatalkan daripada menyertai final 50 kg gusti gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, beberapa jam sebelum aksi bermula semalam,  kata pegawai.

Menurut Persatuan Olimpik India (IOA), penyertaan Phogat dibatalkan kerana berat badan berlebihan, lapor Xinhua.

Beliau sepatutnya berhadapan dengan Sarah Hildebrandt dari Amerika Syarikat untuk merebut pingat emas.

“Dengan penuh kesal, Kontinjen India berkongsi berita mengenai pengguguran Vinesh Phogat dari kelas Gusti Wanita 50kg. Walaupun usaha terbaik oleh pasukan sepanjang malam, beliau didapati melebihi beberapa gram daripada 50kg pagi ini (semalam).

Tiada komen lanjut akan dibuat oleh kontinjen pada masa ini. Pasukan India meminta anda menghormati privasi Vinesh,” kata IOA dalam satu kenyataan.

Phogat didapati mempunyai berat berlebihan sebanyak 100 gram semasa penimbangan pada pagi, semalam.

Kelmarin, Phogat menewaskan Juara Dunia dan Olimpik 50kg, Yui Susaki dalam pusingan pembukaan.

Beliau kemudian mengalahkan Oksana Livach dari Ukraine, sebelum menewaskan Yusneylis Guzman Lopez dari Cuba dalam perlawanan separuh akhir, dalam usahanya menjadi ahli gusti wanita pertama India yang mara ke final Olimpik. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Olimpik Paris 2024: Pengadil Australia  digantung selepas foto bersama atlet tular
Next: Sepanyol menangi emas dalam acara lumba jalan kaki marathon campuran berganti-ganti Olimpik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.