Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ahli arkeologi jumpa makam putera Firaun Userkaf
  • GLOBAL

Ahli arkeologi jumpa makam putera Firaun Userkaf

Utusan Sarawak 1 month ago
MONUMEN dipamerkan semasa penemuan baharu yang dibuat oleh misi arkeologi Mesir melalui kerja penggalian di kawasan Saqqara, selatan Kaherah. Foto AFP

KAHERAH: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan makam putera Firaun Userkaf serta sebuah patung Firaun Djoser ketika melakukan kerja-kerja penggalian di kawasan Saqqara, selatan Kaherah, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.

“Waser-If-Re adalah putera kepada Firaun Userkaf, pemerintah pertama Dinasti Kelima Mesir. Makamnya ditemukan bersama beberapa artifak penting yang berasal daripada Zaman Kerajaan Lama,” menurut kementerian itu.

Pintu palsu gergasi yang diperbuat daripada granit merah jambu dengan ketinggian 4.5 meter (m) dan lebar 1.15 m turut ditemukan — disifatkan sebagai penemuan pertama pintu palsu bersaiz sedemikian.

Ahli arkeologi terkenal Mesir, Dr Zahi Hawass berkata, misi turut menemukan patung Firaun Djoser (pengasas Dinasti Ketiga), isterinya dan 10 orang puteri mereka di dalam makam berkenaan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa patung-patung itu pada asalnya diletakkan di sebuah bilik berhampiran piramid milik Djoser, namun dipindahkan ke makam Waser-If-Re pada era selepasnya.

Kompleks arkeologi Saqqara di selatan Kaherah mengandungi kawasan perkuburan kuno, yang mencatatkan pengebumian sejak Dinasti Pertama firaun (abad ke-31 hingga ke-29 SM).

Monumen paling terkenal di Saqqara ialah piramid Djoser, yang dianggap sebagai piramid pertama dalam sejarah Mesir Purba. Bernama-Sputnik/RIA Novosti

MONUMEN dipamerkan semasa penemuan baharu yang dibuat oleh misi arkeologi Mesir melalui kerja penggalian di kawasan Saqqara, selatan Kaherah. Foto AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 3 terbunuh selepas pesawat ringan terhempas di Nebraska, AS
Next: Tentera udara Korea Selatan gantung operasi sebahagian besar pesawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.