Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AgriCOP bantu pengusaha durian melalui cara penjagaan
  • BISNES

AgriCOP bantu pengusaha durian melalui cara penjagaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TINGKATKAN SEKTOR PENTERNAKAN… Datuk Roland Sagah Wee Inn melepaskan anak
udang dan ikan di Tagang Kampung Sira. • Foto Ihsan UKAS

NUR AIN OTSMAN

SERIAN: Sebuah Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Serian bagi mendedahkan cara penjagaan durian yang lebih berkesan kepada para pengusaha durian di kawasan Serian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata , daerah ini cukup terkenal dengan longgokan gerai-gerai durian yang cukup sibuk di sepanjang jalan utama Serian ke Kuching apabila tibanya musim ‘raja buah’ itu.

“Kita bercita-cita menjadikan Sarawak sebagai pengeluar terbesar buah durian di Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau berharap melalui program ini penduduk dapat menghasilkan sendiri anak benih durian.

Beliau berkata demikian pada program AgriCOp di Dewan Serbaguna Kampung Sira, Serian, kelmarin.

Dalam pada itu, turut diadakan ceramah pengurusan ikan air tawar bagi menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam sektor penternakan.

Seterusnya beliau melepaskan sebanyak 10,000 ekor anak udang dan 6,000 anak ikan Tengadak di Tagang Kampung Sira serta penyerahan Cek MRP Tahun 2020 kepada 20 penerima dengan berjumlah RM260,000.

Continue Reading

Previous: Visa, Shopee bekerjasama pacu penyertaan MPKS dalam ekonomi digital
Next: TH sasar 500,000 pendeposit guna THiJARI menjelang akhir tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.