Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong sokong kerajaan kekang kemasukan PATI
  • NASIONAL

Agong sokong kerajaan kekang kemasukan PATI

Utusan Sarawak 5 years ago
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara dalam talian semalam.-Foto ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menzahirkan sokongan terhadap langkah tegas kerajaan dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan membanteras jenayah rentas sempadan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Seri Paduka mengambil maklum berkenaan pelaksanaan operasi bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam. 

Operasi berkenaan bertujuan mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin untuk mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19 yang dikhuatiri dibawa warga asing yang masuk secara haram.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kerajaan terus memperhebat usaha tersebut  dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap soal keselamatan rakyat dan negara  kerana terdapat beberapa negara yang masih berisiko tinggi  Covid-19.  

“Seri Paduka Baginda amat menghargai usaha-usaha baik kerajaan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memerangi penularan Covid-19 selama ini dan usaha-usaha tersebut perlu ditambah baik dengan langkah-langkah susulan seperti Op Benteng, contohnya,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka  bagaimanapun  menzahirkan rasa kesal dengan kes-kes penangkapan beberapa anggota PDRM dan ATM yang disyaki terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang tanpa izin baru-baru ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan terhadap tindakan penangkapan tersebut bagi membanteras jenayah rentas sempadan negara kerana  kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang berkait dengan keselamatan rakyat dan negara,” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Al-Sultan Abdullah menegaskan  anggota penguat kuasa agensi-agensi  kerajaan sepatutnya memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan disiplin.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu  pihak  kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam menangani isu pendatang tanpa izin. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pegawai, anggota bayar untuk lulus peperiksaan
Next: Muhyiddin menang tanpa bertanding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.