Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
  • SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

Utusan Sarawak 12 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan peranan besar seorang bapa dalam kehidupan keluarga dan anak-anak.

“Seorang bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan didikan yang telah dicurahkan oleh para bapa.

“Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, serta didikan yang tidak ternilai. Walaupun kadangkala tidak terucap dengan kata-kata, jasa, dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati.

“Semoga Allah SWT juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa, dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ACCCIS perlu rebut peluang pelaburan dalam industri hidrogen – Abang Johari
Next: KPWKM anjur pelbagai inisiatif, serius tangani kesihatan mental remaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.