
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Selain itu, turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah. – Bernama