
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, di sini.
“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – Bernama