Agong berkenan terima menghadap PM Anwar

Facebook
WhatsApp
YDPA Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan terima menghadap Dato Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, di sini.

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – Bernama