Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong berkenan serah sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran Putra Heights
  • NASIONAL

Agong berkenan serah sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran Putra Heights

Utusan Sarawak 1 month ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan duit raya kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ketika berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, hari ini. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyampaikan sumbangan peribadi menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Sebanyak 308 ketua isi rumah yang terjejas menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi meringankan beban.

Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli menyantuni dan bertanya khabar mangsa terlibat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights.

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (empat, kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisyam Mohammad (enam, kanan). Foto BERNAMA

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di PPS berkenaan pada 10.22 pagi, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Setakat 8.00 pagi tadi, 382 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kebakaran paip gas: Carro sumbang 30 kenderaan untuk mangsa
Next: Korban cuti Aidilfitri demi bantu mangsa kebakaran paip gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.