Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agihan kerusi dibuat secara konsensus – Shafie
  • NASIONAL

Agihan kerusi dibuat secara konsensus – Shafie

Utusan Sarawak 5 years ago

SEMPORNA, 11 Sept -- Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) beramah mesra bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Bantayan hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) beramah mesra bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Bantayan semalam. • Foto BERNAMA

SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui  proses pengagihan kerusi dalam kalangan gabungan Warisan Plus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan mudah namun  menegaskan ia dibuat secara konsensus.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, perkara itu telah dirundingkan bersama rakan sekutu seperti Amanah, DAP, PKR dan UPKO dengan beliau sendiri turut memantau dan menilai pelbagai aspek  sebelum memutuskan untuk meletakkan calon parti bersesuaian di satu-satu kawasan. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan program ramah mesra bersama penduduk di Masjid Jamek Kampung Bantayan di sini semalam. 

Mohd Shafie diminta mengulas mengenai agihan kerusi kepada PKR yang hanya diberikan tujuh kerusi bagi PRN ini, separuh daripada jumlah yang diminta oleh parti itu.

Tujuh kerusi berkenaan ialah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Sook.

Menerusi pengumuman calon Khamis lepas Warisan  mendapat 46 kerusi, UPKO (12 kerusi), DAP (tujuh  kerusi), PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua  73 kerusi DUN Sabah. 

Mohd Shafie turut menafikan dakwaan kononnya Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew dan sekumpulan anggota PKR keluar dari dewan ketika pengumuman calon dibuat, disebabkan tidak berpuas hati dengan soal pembahagian kerusi.

“Tidak benar, dia (Christina) hanya keluar kerana ada urusan lain,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas banduan dituduh membunuh
Next: BN, PN, PBS setuju elak pertembungan calon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.