Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agihan BBMSS di Demak Laut bermula
  • TEMPATAN

Agihan BBMSS di Demak Laut bermula

Utusan Sarawak 4 years ago
DR. Hazland Abang Hipni (kanan) menyampaikan bantuan bekalan makanan di Dewan
Masyarakat Kampung Tabuan, baru-baru ini.

KUCHING: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut boleh menarik nafas lega apabila mula menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (B) sejak Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr. Hazland Abang Hipni berkata, seramai 6,020 Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima Bekalan Makanan BKSS di DUN Demak Laut yang dilaksanakan secara berperingkat.

“Peringkat pertama ini, sejumlah 456 KIR dari Kampung Tabuan Lot, 222 KIR Kampung Tabuan Hilir dan 290 KIR Tabuan Lama menerima Bekalan Makanan BKSS dengan jumlah keseluruhan 968 KIR.  Agihan seterusnya akan dilaksanakan pada Rabu dan hari-hari berikutnya,” kata beliau semasa ditemui dalam Majlis Penyerahan Bekalan Makanan BKSS di Dewan Masyarakat Kampung Tabuan pada Selasa lalu.

Bantuan makanan ini diuruskan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Demak Laut dan turut dibantu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat ranting dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Dr.  Hazland turut menambah bahawa bantuan ini  diharap dapat membantu meringankan beban ditanggung penduduk dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pergerakan yang terhad telah menyebabkan kesukaran penduduk mendapatkan bekalan makanan. Justeru, agihan Bekalan Makanan BKSS yang diadakan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban penduduk khususnya dalam mendapatkan makanan keperluan,” tambahnya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Gesa jambatan Sg Merah dibaiki
Next: 6,258 KIR DUN Bekenu terima bekalan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.