Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agensi pelaksana digesa turun padang berterusan pantau pelaksanaan
  • WILAYAH

Agensi pelaksana digesa turun padang berterusan pantau pelaksanaan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Kalaka Mohamad Duri mempengerusikan mesyuarat projek kerja-kerja menaik taraf pintu air dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Kupang Saratok di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri mahu kerjasama semua pihak bersama agensi pelaksana untuk turun padang berterusan bagi memantau pelaksanaan projek menaik taraf pintu air dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Kupang.

Beliau berharap kesemua pelaksanaan projek-projek itu nanti akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar terutamanya golongan pekebun kecil.

“Untuk makluman, projek menaik taraf pintu air dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Kupang telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) baru-baru ini.

“Justeru, saya mahu semua pihak dengan kerjasama semua bersama agensi pelaksana untuk turun padang berterusan bagi memantau pelaksanaan projek terbabit itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau telah mempengerusikan mesyuarat projek kerja-kerja menaik taraf pintu air dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Kupang Saratok di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Pada mseyuarat tersebut, beliau telah diberikan pencerahan dan penjelasan mengenai kemajuan projek tersebut oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali gus perbincangan mengenai cadangan penyelesaian daripada agensi pelaksana projek kerja-kerja menaik taraf pintu air dan kerja-kerja naik taraf jalan di Kampung Kupang.

“Setiap perancangan serta pelaksanaan sesuatu projek pembangunan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan keutamaan kerana konstituensi ini begitu luas dan saya akan mengenal pasti kawasan keutamaan untuk dinaik taraf.

“Saya akan sentiasa bersama agensi kerajaan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian segera, sudah pastinya ia merupakan kawasan terjejas teruk yang harus diberi keutamaan.

“Perancangan yang begitu rapi telah dirangka agar setiap projek pembangunan yang telah dan akan disalurkan ke setiap kawasan di DUN Kalaka akan diberi dengan seadilnya,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua tahun tanpa bekalan asas, Awang Tengah janji tindakan segera di Medamit
Next: ADUN Krian harap generasi muda warisi budaya ‘Ngiling Tikai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.