Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AGC perlu masa teliti kertas siasatan libatkan Azam Baki – Peguam Negara
  • NASIONAL

AGC perlu masa teliti kertas siasatan libatkan Azam Baki – Peguam Negara

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEGUAM Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dua kertas siasatan membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang diterima daripada polis pada Khamis lepas.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat memandangkan AGC memerlukan sedikit masa bagi meneliti dokumen berkenaan.

“Kedua-dua kertas siasatan terbabit kita terima pada Khamis lepas dan AGC masih lagi meneliti kertas-kertas siasatan tersebut. Belum ada apa-apa keputusan dibuat setakat ini mengenainya.

“Sedikit masa diperlukan untuk penelitian dibuat bagi apa jua penentuan mengenai kedudukan siasatan berkenaan. Once (sebaik sahaja) penelitian selesai dijalankan oleh AGC, apa-apa jua keputusan akan diambil kelak.  Biarkan kami teliti perkara ini dengan mendalam,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini.

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata dua kertas siasatan melibatkan Azam telah dirujuk kepada AGC untuk tindakan selanjutnya.

Pada Rabu lepas, Kumar berkata PDRM telah merakamkan keterangan Azam mengikut peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes pertama membabitkan siasatan berhubung laporan artikel Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah tentang pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad.

Kes kedua pula berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, iaitu Albert Tei. – Bernama 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pusat penempatan TVET GITC dilancar
Next: Lebih 40 peratus rama-rama di Malaysia diancam kepupusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.