Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korban gempa Mexico meningkat 7 orang
  • GLOBAL

Korban gempa Mexico meningkat 7 orang

Utusan Sarawak 5 years ago

BANDAR MEXICO: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Mexico meningkat kepada tujuh orang, kata pemerintah negeri Oaxaca semalam.

Gempa berkekuatan 7.4 magnitud, yang disusuli lebih 1,500 gempa susulan, dirasakan di Mexico City, sekitar 700 kilometer dari pusat gempa di Oaxaca.

Ia menyebabkan orang ramai meninggalkan rumah dan tempat kerja mereka, bahkan memaksa penutupan loji penapis minyak.

“Takziah saya – pada masa ini, terdapat tujuh kematian di negeri Oaxaca,” kata Gabenor Alejandro Murat dalam wawancara dengan Milenio TV.

Murat berkata, lebih 2,000 rumah rosak akibat gempa itu.

Petugas tindak balas pertama masih berusaha membuang serpihan dari jalan raya, tambahnya.

Sebelum itu penyelaras perlindungan awam negara, David Leon, berkata 23 orang cedera dalam gempa terbabit.

Mexican Oil berkata, loji penapisnya di Salina Cruz di Oaxaca telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga selepas api marak namun segera dipadamkan.

Salah seorang yang maut akibat gempa membabitkan pekerja loji penapis berkenaan selepas jatuh dari struktur tinggi. – AFP

Continue Reading

Previous: Thailand turunkan prospek KDNK
Next: Menteri Kanan Emeritus Singapura bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.