Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tanjong Batu turun bantu mangsa banjir
  • WILAYAH

ADUN Tanjong Batu turun bantu mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago

Johnny Pang meninjau keadaan banjir di kawasan terjejas sekitar Bintulu.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming meminta penduduk untuk terus berwaspada susulan hujan lebat yang masih berterusan dan menyebabkan beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir.

Beliau yang turun padang hari ini meninjau situasi banjir di Taman Bukit Orang, Taman Jason, Gem Park, dan SK Assyakirin, serta berkesempatan bertemu dengan penduduk yang terjejas.

Menurutnya, usaha menyelamat dan bantuan kepada mangsa masih giat dijalankan oleh pelbagai agensi.

“Hujan masih belum reda, dan ramai mangsa masih memerlukan bantuan. 

“Saya amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa henti untuk membantu mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan mengutamakan keselamatan dalam menghadapi situasi banjir ini.

Banjir di Bintulu sejak semalam berpunca hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar, menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 

Bagi memastikan keselamatan penduduk, pihak berkuasa telah membuka beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) seperti Dewan Sukan Kidurong dan Dewan SMK Tatau bagi menempatkan mangsa banjir. 

Operasi menyelamat masih giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat dan sukarelawan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa dipindah ke PPS Dewan SMK Tatau meningkat malam ini
Next: Air naik di Sibu sebab hujan, bukan kenaikan paras sungai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.