Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan meninggal dunia
  • UMUM

ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan meninggal dunia

Utusan Sarawak 4 months ago

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, meninggal dunia di Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta.

Berahim Nasip yang juga ipar kepada Allahyarham mengesahkan pemergian Mohamad Hamsan, 65, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Jenazah sedang dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Pembantu Menteri Kewangan II itu sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 16 pada 2020, Mohamad Hamsan mewakili Barisan Nasional menang saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi. – Bernama

Continue Reading

Previous: 20 tahun berlalu, tsunami 2004 beri pelbagai pengajaran
Next: Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.