Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Sebuyau tunai Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan
  • TEMPATAN

ADUN Sebuyau tunai Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Sri Julaihi Narawi bersama kira-kira 500 orang jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat serta para jemputan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan, pagi tadi. Foto UKAS

SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan, pagi tadi.

Majlis ini dianjurkan dengan tujuan meraikan Aidilfitri serta memperkukuhkan ukhuwah antara jemaah.

Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat serta para jemputan.

Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Dato Sri Julaihi beserta rombongan di pekarangan masjid kira-kira pada 7.30 pagi yang disambut meriah oleh jemaah yang turut hadir bersama.

Majlis dimulakan dengan takbir raya pada 8.00 pagi yang dipimpin oleh Ustaz Hamid Hoodi, Imam Masjid Darul Aman Sebangan dan seterusnya solat sunat Aidilfitri diikuti dengan khutbah Aidilfitri yang disampaikan juga oleh Ustaz Hamid Hoodi bertajuk “Hakikat Kemenangan Aidilfitri”.

Dalam khutbah tersebut, pelbagai nasihat dan peringatan telah diberikan, termasuk kepentingan kesyukuran dan perpaduan dalam masyarakat.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih, Pengerusi Masjid Darul Aman Sebangan Yaman Madian, Pemanca Aslu, Penghulu Abdul Hamid serta ketua-ketua masyarakat, dan penduduk setempat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Premier Sarawak tunai Solat Sunat Aidilfitri
Next: 𝗧un Wan Junaidi, 𝗧𝗼𝗵 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 k𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 h𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.