Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ADUN Rahang keluar DAP
  • NASIONAL

ADUN Rahang keluar DAP

Utusan Sarawak 5 years ago

SEREMBAN, July 10 -- DAP's two-term Rahang assemblyman Mary Josephine Prittam Singh shows her resignation letter as DAP life member as well as Negeri Sembilan DAP committee member in a special press conference today. She is leaving the party with immediate effect. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

SIDANG MEDIA… ADUN Rahang dua penggal DAP Mary Josephine Prittam Singh menunjukkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota hidup DAP dan juga Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan dalam sidang media khas semalam. • Foto BERNAMA

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang  Mary Josephine Prittam Singh semalam mengumumkan keluar DAP, berkuat kuasa serta-merta.

Bercakap pada sidang media mengenai perkara itu di sini, ADUN dua penggal tersebut berkata, beliau membuat keputusan berkenaan kerana kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan.

“Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh pada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, saya kini berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi hadapi.

“Tidak ada guna untuk saya terus memberi sokongan kepada pemimpin DAP Negeri Sembilan yang mengecewakan. Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP selaku ahli seumur hidup, berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat keluar parti itu ke ibu pejabat DAP Khamis lepas dan surat serupa  turut dihantar kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)  Datuk Seri Aminuddin Harun pagi semalam.

Mary berkata, beliau kini merupakan ADUN Bebas dan masih menyokong kerajaan negeri pimpinan PH serta menegaskan tidak akan lompat parti.

“Saya akan terus sokong PH kerana saya berada dalam barisan pembangkang sudah lebih 40 tahun. Keputusan saya untuk keluar parti bukan sesuatu yang berlaku hari ini atau semalam, tapi telah saya timbang sejak dua tahun lepas,” tambahnya.

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, komposisi terkini Dewan Undangan Negeri  Negeri Sembilan ialah PH mempunyai 19 ADUN, 16 daripada Barisan Nasional dan seorang Bebas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isteri terima faedah Perkeso RM1,179 sebulan
Next: 532 individu gagal hadir saringan kedua Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.