Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Mulu pantau pembinaan dua rumah panjang
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Mulu pantau pembinaan dua rumah panjang

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Gerawat Gala semasa melakukan tinjauan bagi melihat perkembangan pembinaan rumah panjang baharu Rh Billy Sungai Engkaras, Marudi.

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Datuk Gerawat Galam melakukan lawatan ke dua rumah panjang di Poyut/Lubok Nibong bagi meninjau perkembangan pembinaan kedua-kedua rumah panjang baharu tersebut.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu melakukan tinjauan ke Rh Enjob Sungai Babi dan Rh Billy Sungai Engkaras Marudi.

Dalam lawatan ke Rh Billy, beliau mengumumkan geran Projek Kecil Luar bandar (MRP) RM3,000 bagi setiap bilik bagi tujuan memudahkan pembangunan rumah panjang tersebut.

Gerawat juga mengumumkan geran tambahan RM100,000 untuk JKKK Rh Billy bagi kerja-kerja penambakan tanah dan membeli bahan dan alat binaan.

RUMAH panjang Rh Billy Sungai Engkaras, Marudi yang sedang dalam proses pembinaan.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bantuan kepada Rh Enjob Sg Babi berjumlah RM3,000 bagi 27 pintu bilik di rumah panjang tersebut.

Dalam lawatan tersebut, Gerawat berpuas hati melihat perkembangan pembinaan kedua-kedua rumah panjang baharu itu dan berharap ia dapat disiapkan secepat mungkin.

Menurut Gerawat, kedua-kedua rumah panjang tersebut juga menerima pinjaman dari Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Beliau berharap semua pihak terutama penduduk bagi kedua-kedua rumah panjang berkenaan memberi kerjasama baik kepada pemimpin/tuai rumah bagi memudahkan proses pembinaan rumah panjang baharu mereka.

Oleh Jiku Jiguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sungai Sebedil, Batang Igan berpotensi sebagai skim penanaman padi, penternakan udang air tawar
Next: Kempen derma darah ‘A Gift Of Life’, esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.