ADUN Meradong lawat dua pesakit di Hospital Sarikei

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
LAWATAN DI HOSPITAL…Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama rombongan Saberkas Cawangan Meradong semasa datang ke hospital Sarikei untuk melawat pesakit.

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing telah melawat dua pesakit di hospital Sarikei, semalam.

Koung Hiing yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong bersama rombongannya melawat bapa Timbalan Pengerusi Saberkas Meradong, Kaunselor Helmi Morsili.

Pesakit juga merupakan mantan Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Meradong, Morsili Bakar.

Selepas itu, beliau dan rombongan melawat seorang lagi pesakit di hospital tersebut iaitu Aziz Jaafar Morsidi.

Menurut Koung Hiing, Aziz Jaafar merupakan seorang penjaja Rojak Bintangor.

“Terima kasih kepada rombongan Saberkas Cawangan Meradong kerana sudi meluangkan masa bersama saya melawat pesakit di hospital.

“Saya berharap agar semua pesakit akan kembali sembuh seperti sedia kala.

“Semoga ahli keluarga pesakit sentiasa tabah dan menjaga pesakit pada setiap masa,” katanya.
Oleh Earl Anek