Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong kunjungi Timbalan Residen Sarikei sempena Aidilfitri
  • WILAYAH

ADUN Meradong kunjungi Timbalan Residen Sarikei sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 years ago

MENJAMU SELERA... Pelbagai juadah menarik disediakan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bersama rombongannya berkunjung ke rumah Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin sempena sambutan Aidilfitri. 

Kunjungan tersebut merupakan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor. 

Menurut Ding, suasana sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah berbanding dua tahun lalu. 

“Sambutan Aidilfitri pada tahun ini menampakkan kemeriahan dan diraikan oleh semua lapisan masyarakat berbanding dua tahun lalu kerana masih ketakutan dengan jangkitan pandemik Covid-19. 

“Di sini kita dapat lihat keunikan sambutan Aidilfitri. Tetamu yang datang berkunjung terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Iban,” katanya ketika ditemu bual para pemberita, semalam. 

Tambahnya, hubungan yang mesra dan erat akan diteruskan kerana sambutan hari perayaan merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim. 

Turut hadir ialah Ketua Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua, Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing dan Kapitan Wong Leh Hee.

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: 40 guru sertai kursus kepengadilan ping pong
Next: IAC pemacu pembangunan di bahagian utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.