Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka ringankan beban nelayan Sungai Krian terjejas akibat ‘rebak’
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kalaka ringankan beban nelayan Sungai Krian terjejas akibat ‘rebak’

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri menghulurkan bantuan kepada dua nelayan yang terjejas akibat kerosakan peralatan menangkap ikan di Sungai Krian. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Keprihatinan terhadap nasib golongan nelayan sungai terus diberi perhatian apabila Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka tampil menghulurkan bantuan kepada dua nelayan yang terjejas akibat kerosakan peralatan menangkap ikan di Sungai Krian.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata, bantuan tersebut disampaikan bagi meringankan beban nelayan yang kehilangan sumber pendapatan selepas peralatan mereka rosak teruk akibat arus deras dan dilanggar ‘rebak’ beberapa minggu lalu.

Menurut beliau, kedua-dua nelayan terbabit sebelum ini telah mengemukakan permohonan kepada Pusat Khidmat ADUN Kalaka untuk mendapatkan bantuan menggantikan peralatan yang tidak lagi dapat digunakan.

“Golongan nelayan sungai memainkan peranan penting dalam ekonomi setempat dan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad yang hadir mewakili ADUN Kalaka dalam satu majlis ringkas penyerahan bantuan peralatan menangkap ikan dekat sini semalam.

Mohamad Duri berkata, bantuan itu diharap dapat membantu kedua-dua penerima membeli peralatan menangkap ikan yang baharu supaya mereka dapat kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan rakyat, khususnya mereka yang berdepan kesukaran mencari rezeki akibat faktor luar jangka, akan terus diberi perhatian oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Mohamad Duri berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak mampu memberi semangat kepada penerima untuk terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prasarana pendidikan kondusif jadi keutamaan, projek RTP SK Abang Abdul Rahman siap sepenuhnya
Next: 2,806 penerima bantuan kebajikan di Serian terima RM1.19 juta sehingga April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.