Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka bantu selesai isu air bersih terjejas kebakaran di SK Perpat
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kalaka bantu selesai isu air bersih terjejas kebakaran di SK Perpat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MOHAMAD Duri semasa mengadakan lawatan susulan ke lokasi kejadian kebakaran dua blok kuartes guru SK Perpat, hari ini. Foto: Uban Dana

SARATOK: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka akan membantu untuk menyelesaikan permasalahan air bersih bagi penempatan sementara dua guru yang terjejas akibat insiden kebakaran dua blok kuartes guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpat dalam kejadian tengah hari, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohammad Duri berkata, untuk tujuan itu pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah dihubungi bagi melakukan kerja-kerja berkaitan.

“Kita telah mengarahkan pihak JBALB untuk mengisi semula airbke tangki di penempatan sementara itu yang telah habis digunakan untuk operasi pemadaman sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan susulan ke lokasi kejadian kebakaran dua blok kuartes guru SK Perpat dekar sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohamad Duri turut berharap agar proses permohonan bagi menaik taraf kuartes yang terbakar tersebut sebelum ini dipercepatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kita melalui pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok mempunyai rancangan untuk menaik taraf kuartes yang terbakar ini pada sebelum ini. 

“Dan permohonan telah kita majukan kepada KPM menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) tetapi sehingga kini masih tiada jawapan,” ujarnya.

Terdahulu, kejadian yang berlaku semalam, dua blok kuartes guru SK Perpat telah musnah terbakar seratus peratus. Walau bagaimana pun, kejadian yang berlaku sekitar 12.50 tengah hari itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM35,000 diperuntuk bantu JKKK dan Biro Wanita rumah panjang di Baleh
Next: Permintaan tinggi dari Jepun pemacu SaraSpice perkukuh pasaran global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.