Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Balingian bantu agih ‘Food Basket’
  • TEMPATAN

ADUN Balingian bantu agih ‘Food Basket’

Utusan Sarawak 5 years ago

HENRY B SIYU

MUKAH: Enam belas lokaliti di Kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Balingian telah menerima bantuan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ia melibatkan sejumlah 1216 KIR (ketuaIsi Keluarga) yang mendapat ‘Food Basket’ berupa barang makanan keperluan harian seperti beras dan lain-lain lagi.

Penerima-penerima tersebut ialah Kg. Sungai Ragei, Mukah , Kg. Tutus Hilir, Kg. Bedanga Ulu, Kg. Tanjong, Kg. Bunut, Kg. Litong, Kg. Jebungan, Kg. Kuala Jebungan, Kg. Tegak, Kg. Penakub Ulu, Mukah, Kg. Teh, Mukah, Kg. Tabo, Kg. Teh Labak, Kg. Sesok Baru, Kg. Sesok Lamadan Penakub Bazaar Mukah.

Bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas kerana kekangan ekonomi disebabkan pergerakan terhad setelah diwartakan PKP bagi membendung pandemic Covid-19

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, sendiri yang turut menyertai dalam pengagihan yang diadakan pada hari Ahad lepas.

Menurutnya setiap penduduk perlu sama-sama berperanan dalam membantu mengekang penularan Covid-19 ini.

“Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, dan pastikan hanya seorang mewakili keluarga untuk membeli keperluan, dan Stay Home, Stay Safe. Jangan jadi penyumbang kepada statistik Covid-19, anda mampu, dan kita mampu untuk menghentikan Covid-19 dari terus menjangkiti masyarakat. Hanya duduk di rumah, pematuhan PKP sudah membantu kerajaan dalam berhadapan krisis Covid-19, demi untuk kesejahteraan kita pada masa hadapan,” katanya.

Selain Yakub, juga kelihatan ialah Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Balingian (PBB N.58 Balingian), Aimie Kaliew, EXCO Pemuda PBB Negeri, Royston Valentine, Timbalan Bendahari PBB Cawangan Balingian, Jack Kusang,  Bendari Pemuda PBB Balingian, Ardiman Matan, Penghulu  Mahmud @ Ahmad Mahmut Jakriah dan Penghulu John Andrew  Buda

Justeru penduduk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Malaysia yang begitu prihatin kepada rakyat dalam menangani krisis Covid-19 tanpa melupakan situasi isi rumah.

Mereka juga menghargai pengorbanan ‘Frontliners’ yang sanggup mengambil risiko demi untuk memastikan penularan wabak ini terkawal.

“Terima kasih kepada petugas yang terlibat dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat terutamanya Pusat Khidmat Parlimen dibawah Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Ahli Parlimen P.213 Mukah dan Pusat Khidmat DUN Balingian di bawah YB Abdul Yakub Arbi yang bertungkus-lumusbagi memastikan bantuan ini sampai kepada yang sepatutnya,” ujar mereka.

Continue Reading

Previous: Kedai dibuka, diserbu orang ramai
Next: Hanya seorang dibenar dalam kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.