Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ACCA bangunkan rangkaian sumber dalam talian
  • BISNES

ACCA bangunkan rangkaian sumber dalam talian

Utusan Sarawak 5 years ago
Ketua ACCA Malaysia,Edward Ling.

KUALA LUMPUR: Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) telah membangunkan satu sumber komprehensif yang direka untuk menyokong pihak-pihak berkepentingan yang boleh diakses secara dalam talian, kata Ketua ACCA Malaysia, Edward Ling.

Beliau berkata apabila pandemik bermula, ACCA berusaha untuk mencipta satu hab Covid-19 secara dalam talian untuk mengemaskini berita industri serta berita perkembangan peraturan baharu dan ini akan terus dilakukan sehingga ekonomi dibuka sepenuhnya selepas pandemik berakhir.

Menerusi hab Covid-19, ahli-ahli mendapat akses webinar berbentuk pendidikan dan modul pembangunan profesional seperti Pensijilan dalam Inovasi Digital untuk Kewangan.

“Hab berkenaan turut menyertakan pelbagai audio siar, temu bual dan artikel berbentuk komprehensif yang relevan untuk audiens seperti majikan, pemilik perniagaan dan rakan kongsi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ACCA juga komited menyediakan para pelajarnya dengan peluang pembelajaran terbaik, menerusi modul pembelajaran dalam talian dan telah memperkenalkan ‘ACCA Lyceum’, iaitu platform inovatif baharu antara ACCA Malaysia dan rakan pembelajaran yang diluluskan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PCG di kedudukan baik teruskan pertumbuhan
Next: PM lancar Papan Pemuka Digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.