Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Abu Gunung Etna jejas operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily
  • GLOBAL

Abu Gunung Etna jejas operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ABU daripada Gunung Etna menyelubungi kawasan sekitar Lapangan Terbang Catania di Sicily, Itali, sekali gus menjejaskan operasi penerbangan apabila hampir semua penerbangan dibatalkan susulan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.
 

 

ROM: Pengendali Lapangan Terbang Catania, SAC menggantung semua penerbangan pada Isnin selepas abu Gunung Etna dilaporkan terus gugur susulan peningkatan aktiviti gunung berapi itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekatan itu dijangka berkuat kuasa sehingga 10.00 pagi Selasa (0800 GMT), dengan pihak lapangan terbang memaklumkan perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing sebelum bergerak ke lapangan terbang. 

Menurut laman sesawang lapangan terbang itu, hampir semua penerbangan telah dibatalkan.

Gunung berapi aktif terbesar di Eropah itu menunjukkan peningkatan aktiviti sejak hujung minggu. 

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV) melaporkan pelepasan abu yang kuat dari satu daripada lohong Gunung Etna pada awal Ahad.

Aktiviti itu kemudian semakin meningkat, menyebabkan kepulan abu mencecah kira-kira 1.5 kilometer di atas puncak gunung berapi berkenaan. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Kerajaan Paraguay kecam kenyataan berbaur perkauman terhadap Mbappe
Next: Taufan besar mungkin hampiri Okinawa minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.