PANGLIMA 9 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Abdul Rahman Abdul Wahab dilantik sebagai Presiden Kehormat Kelab Golf Sibu (SGC) bagi tempoh 2020- 2022.
Surat perlantikan itu disampaikan presiden SGC Joe Wong Ing Huong ketiak melakukan kunjungan hormat kepada Abdul Rahman di pejabatnya di Markas 9 Briged di Sibu semalam.
Wong ketika ditemui selepas kunjungan hormat tersebut berkata, sudah menjadi tradisi SGC untuk melantik Panglima 9 Briged sebagai presiden kehormat SGC.
“Kami menghargai sokongan 9 Briged kepada SGC sejak penubuhan kelab pada tahun 1969,” jelasnya ketika ditemui pemberita.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan SGC pada mesyuarat baru-baru ini telah sebulat suara melantik Joe Wong Ing Huong sebagai presiden untuk sesi tahun 2020-2022 dan dibantu timbalan presiden, Wong Pak Cheng.
Manakala Dato Sri Song Tiing Seng dan Penghulu Ting Teck Kai dipilih memegang jawatan naib presiden. Wong Lay Nam (kapten), Dato Thomas Tieng Mee Tung (setiausaha kehormat) dan Song Tiong Chuan (bendahari kehormat).
Oleh Akun Giman