Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Abdul Azeez diarah mohon maaf isu ‘gelap’
  • NASIONAL

Abdul Azeez diarah mohon maaf isu ‘gelap’

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika hadir pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika hadir pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. Ini. •Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat   yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun membuka persidangan Dewan Rakyat semalam dengan mengarahkan Ahli Parlimen Baling Datuk   Abdul Azeez Abdul Rahim memohon   maaf   susulan kenyataan   beliau   mengenai isu    ‘gelap’ dan ‘bedak’ Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku ketika   Abdul Azeez mengungkapkan ayat ‘gelap tak nampak’   ketika Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dicadangkan dalam usul berkenaan Isnin lepas.  

Saya telah meneliti hansard tersebut dan mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah offensive   (bersifat menghina) dan saya ingin   meminta Yang Berhormat Baling memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” katanya.

Akur dengan arahan Yang Dipertua, Abdul Azeez bangun lantas membuat permohonan maaf   dan menarik balik kenyataan itu   namun menjelaskan bahawa   beliau sama sekali tidak berniat memanggil sesiapa ‘gelap’.

“Dua tahun saya   duduk   di situ, sememangnya kawasan itu gelap dan kami selalu tidak dapat perhatian speaker.

“Saya kata “gelap tak nampak” maksud saya kawasan itu gelap. Bagi saya penting rakyat tahu bahawa saya tidak sama sekali berniat memanggil sesiapa gelap kerana diri saya sendiri   Allah SWT takdirkan   gelap jadi tak ada sebab saya nak cakap   begitu,” katanya.

Yang Dipertua selepas itu turut   meminta   dan mengingatkan   semua ahli dewan agar tidak menggunakan perkataan kesat, berbaur perkauman serta   seksis.

   Kasthuriraani, yang bangun   dan mengucapkan terima kasih   kepada Yang Dipertua atas ketegasan dan membuat keputusan   berkenaan,   namun   tetap dengan pendiriannya bahawa perkataan   itu sepatutnya tidak dikeluarkan kerana ia bersifat sangat seksis dan rasis.  

“Pada pandangan saya dan ramai Ahli Parlimen di sini berpendapat perkara tersebut walau apa pun alasan diberikan Yang Berhormat Baling, tidak perlu dikeluarkan dan   disebut, sebab kita faham niat di sebalik kenyataan tersebut bukanlah semata-mata mengatakan tempat ini gelap,” katanya.

Mengambil maklum hujah Kasthuriraani, Azhar menyatakan bahawa perkara itu sudah selesai memandangkan beliau telah mengarahkan   Abdul Azeez untuk meminta maaf dan mahu   meneruskan ke agenda Aturan Mesyuarat seterusnya.  

   Ahli Parlimen Batu Kawan itu   yang bertegas dengan hujahnya, bingkas bangun dengan mendakwa sebenarnya ramai lagi Ahli Parlimen wanita menjadi mangsa kata-kata kesat Ahli Parlimen Baling itu dan memohon satu tindakan tegas dikenakan.

“Sekadar menarik balik dan mohon maaf Baling (Ahli Parlimen) dah buat banyak kali �asih tidak bertaubat lagi. Yang Berhormat Baling adalah a repeat offender,” katanya.

Azhar, yang tidak mahu memanjangkan perkara itu, berkata beliau akan mengambil tindakan lebih tegas jika insiden seumpamanya berlaku dan sekali lagi mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga adab dan sopan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isu ‘stateless children’ tarik perhatian MP Sabah, Sarawak
Next: Saidi serahkan RM5 juta kepada Rosmah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.