Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ABBA pilih London untuk konsert maya, sumbang  £1.4 bilion kepada ekonomi UK
  • HIBURAN

ABBA pilih London untuk konsert maya, sumbang  £1.4 bilion kepada ekonomi UK

Utusan Sarawak 5 months ago

Konsert maya kumpulan terkenal ABBA, Abba Voyage

LONDON: Konsert maya kumpulan terkenal ABBA, Abba Voyage menyaksikan sumbangan besar kepada ekonomi United Kingdom, dengan nilai melebihi £1 bilion (AS$1.3 bilion) sejak ia bermula pada Mei 2022.

Pertunjukan yang menampilkan avatar digital ahli kumpulan ABBA di arena khas itu dijangka mencatat jualan tiket ke-3 juta bulan ini, lapor PA Media/dpa.

Analisis oleh firma perunding Sound Diplomacy menunjukkan ia menjana perolehan £1.4 bilion dalam dua tahun pertama, termasuk perbelanjaan pengunjung untuk hotel, makanan, dan pengangkutan.

Konsert ini juga dianggarkan menyumbang hampir £775 juta kepada ekonomi UK selepas mengambil kira kos pengeluaran dan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Bolingbroke berkata ABBA memilih UK kerana kepakaran negara itu dalam pembinaan arena dan teknologi.

Beliau turut memaklumkan bahawa 90 peratus pelawat antarabangsa datang semata-mata untuk menyaksikan Abba Voyage sambil menggabungkan pengalaman itu dengan percutian mereka.

“Pertunjukan ini seperti acara Olimpik atau Formula Satu (F1) – sangat besar impaknya,” katanya.

Konsert ini menggunakan teknologi canggih seperti motion capture dan persembahan pre-recorded untuk menghasilkan avatar digital, digelar “Abbatars,” yang menggambarkan kumpulan pop itu seperti era 1970-an.

Sebanyak £140 juta dilaburkan untuk mencipta pengalaman ini, yang dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan kembali pelaburan awal.

Ahli kumpulan ABBA juga memiliki kepentingan dalam projek berkenaan.

Bolingbroke berharap pertunjukan ini dapat diteruskan lebih lama, walaupun lokasi arena itu mungkin akan digunakan untuk projek perumahan pada masa depan. Arena yang boleh memuatkan sekitar 3,000 orang itu direka bentuk supaya mudah dipindahkan ke lokasi lain.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan memuji kejayaan Abba Voyage yang menjadikan London sebagai peneraju global dalam bidang muzik dan budaya.

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Continue Reading

Previous: Keterujaan tonton persembahan Datuk Amy Search
Next: Video ‘Nang Takdir Kita’ promosi warisan Sarawak kepada generasi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.