Keterujaan tonton persembahan Datuk Amy Search

Facebook
WhatsApp
TERUJA…Datuk Amy Search bergambar bersama peserta Hari Belia Sarawak 2024.

MUKAH: Peminat penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search, tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka menyaksikan persembahan luar biasa beliau pada malam Soul Concert berlangsung di Kingwood Resort Mukah pada Sabtu.

Soul Concert ini merupakan sebahagian daripada acara sambutan Hari Belia Sarawak 2024.

Datuk Amy Search, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, tampil memukau dengan menyampaikan lima lagu popularnya.

PERSEMBAHAN Datuk Amy berjaya memukau peminatnya di Mukah.

Persembahan dimulakan dengan lagu Rozana, diikuti Kerja Gila, Isabella, Tiada Lagi dan diakhiri dengan Pawana.

Gaya persembahannya yang bersahaja tetapi penuh tenaga memberikan kenangan terindah buat para peminat, khususnya dari Mukah dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir memeriahkan acara tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan Setiausaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Morshidi Frederick.

MASMONA berjaya memeriahkan suasana dengan mengajak tetamu kehormat dan penonton untuk menari poco-poco bersama di atas pentas.

Selain Amy Search, persembahan pembukaan dan penutup turut menampilkan kumpulan Masmona dari Semporna, Sabah.

Menerusi persembahan bertenaga, Masmona berjaya memeriahkan suasana dengan mengajak tetamu kehormat dan penonton untuk menari poco-poco bersama di atas pentas.

Hari Belia Sarawak 2024 berlangsung bermula 4 hingga 8 Disember, dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hari Belia Sarawak, satu sambutan untuk meraikan semangat muda dan pemimpin masa depan Sarawak yang mana acara tahunan ini dianjur khas untuk mengiktiraf dan memperkasakan belia di Sarawak

Ia memberi platform untuk mereka mempamerkan bakat, menyertai aktiviti yang bermakna, dan menginspirasi perubahan positif dalam komuniti mereka.

Dengan sambutan meriah dan persembahan ikonik daripada Amy Search, acara ini pastinya menjadi kenangan manis bagi peminat dan warga Sarawak. – UKAS

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi