Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari ziarah raya ke kediaman keluarga Allahyarham Adenan Satem
  • TEMPATAN

Abang Johari ziarah raya ke kediaman keluarga Allahyarham Adenan Satem

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang merakam kenangan bersama Datuk Amar Jamilah Anu dan Azizul Annuar Adenan di kediaman keluarga mantan Ketua Menteri Sarawak itu. Turut kelihatan Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta isteri. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman Datuk Amar Jamilah Anu, isteri kepada mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Adenan Satem hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri sekitar 8.00 malam disambut mesra oleh Jamilah bersama anaknya, Azizul Annuar Adenan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu.

Kunjungan tersebut mencerminkan silaturahim yang erat antara kepimpinan negeri dan keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Adenan, serta menjadi lambang penghargaan terhadap jasa dan legasi yang ditinggalkan oleh mantan Ketua Menteri itu.

BINCANG… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Dr Hazland Abang Hipni berbincang semasa berziarah raya di kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Adenan Satem, hari ini. Foto UKAS

Turut hadir memeriahkan kunjungan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta ahli keluarga terdekat.

Kunjungan itu diserikan lagi dengan suasana harmoni dan kemesraan yang terjalin dalam sambutan Aidilfitri, memperlihatkan semangat kekeluargaan yang terus dipupuk dalam kalangan pemimpin dan rakyat negeri ini. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS fokus keselamatan, pemeliharaan warisan bandar
Next: BCCK diperluas tampung kehadiran delegasi dalam, luar negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.