Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari teruskan lawatan rasmi luar negara ke Abu Dhabi
  • SEMASA

Abang Johari teruskan lawatan rasmi luar negara ke Abu Dhabi

Utusan Sarawak 6 days ago

ABU DHABI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan siri lawatan rasmi ke luar negara di Abu Dhabi.

Beliau bersama delegasi Kerajaan Sarawak tiba sekitar 9.00 malam waktu tempatan, semalam.

Mengiringi rombongan Premier Sarawak ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel serta Pegawai-Pegawai kanan kerajaan Sarawak yang lain.

Hari ini, beliau dijadualkan memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan kunjungan ke Pelabuhan Khalifa.

Lawatan akan diteruskan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, Premier Sarawak akan menghadiri majlis makan malam di The St Regis Saadiyat Island Resort.

Terdahulu, siri lawatan rasmi Abang Johari ke luar negara bermula di London selama empat hari.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke Toulouse di Perancis.

Lawatan rasmi pada kali ini menyaksikan beliau berkongsi beberapa inisiatif kerajaan Sarawak, membentuk serta memperkasakan kerjasama dan hubungan dua hala di peringkat global.

Abang Johari dijangka kembali ke Sarawak, esok.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengembara Malaysia boleh masuk China tanpa visa sehingga 90 hari
Next: Pendaki selamat dikebumikan, Gunung Rinjani destinasi terakhir impian ayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.