Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari sambut baik kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
  • SEMASA

Abang Johari sambut baik kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Utusan Sarawak 24 hours ago
DITEMUI… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas merasmikan IDECS Ke-8 di BCCK, hari ini. FOTO UKAS
 

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadual berlangsung di Malaysia pada Isnin ini.

Abang Johari berkata, penyertaan Trump dalam sidang kemuncak tersebut amat signifikan kerana ia memberi peluang kepada pemimpin kuasa besar dunia itu memahami dengan lebih mendalam dinamika geopolitik serta cabaran ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

“Selamat datang ke Malaysia, supaya Donald Trump dapat meneliti sendiri perkembangan geopolitik di rantau ini. Saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan beliau dalam berbincang, khususnya mengenai kesan dasar tarif Amerika terhadap iklim pelaburan serantau. Diharapkan para pemimpin ASEAN dapat mencari jalan penyelesaian yang baik terhadap isu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-8 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Terdahulu, Trump dilaporkan telah mengesahkan penyertaannya ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal menghimpunkan pemimpin tertinggi negara-negara Asia Tenggara bagi membincangkan pelbagai isu serantau termasuk kerjasama ekonomi dan keselamatan.

Oleh Shikin Mahmud & Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sidang Kemuncak ASEAN: Sarawak kongsi pengalaman bangun TBB, semikonduktor – Abang Johari
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.