Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari rasmi Pustaka Sibu, 21 Oktober ini
  • TEMPATAN

Abang Johari rasmi Pustaka Sibu, 21 Oktober ini

Utusan Sarawak 5 years ago
MAJLIS Perasmian Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 21 Oktober ini.

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual akan merasmikan Majlis Perasmian Pustaka Negeri Sarawak, Sibu pada pada 21 Oktober ini.

Menerusi kenyataan media Pustaka Negeri Sarawak, Sibu semalam, Pustaka Sibu merupakan cawangan terbaharu di Wilayah Tengah.

Pustaka Sibu mula beroperasi pada 15 September lalu setelah pengumuman pembukaannya dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. Hamid Bugo pada 14 September lalu.

Pustaka Sibu merupakan pemangkin dalam membantu kerajaan mengurangkan jurang digital dan perbezaan antara golongan kaya maklumat dan ilmu dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Atas persetujuan Kerajaan Sarawak, Pustaka telah diamanahkan untuk membina Pustaka Sibu sebagai portal untuk wilayah tengah yang meliputi bahagian di Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei.

Pustaka Sibu dijangka mampu berfungsi sebagai portal perkhidmatan maklumat digital untuk wilayah tengah Sarawak.

Oleh itu, pihak Pustaka Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan Negeri yang telah memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada Pustaka Negeri Sarawak.

Sejak Pustaka Sibu bermula operasi, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk orang awam dan masyarakat Sibu juga telah mula menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan.

Antara aktiviti yang giat dijalankan sehingga kini adalah kempen pendaftaran keahlian secara percuma di Pustaka.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar masyarakat di Bandaraya Sibu akan mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke Pustaka Sibu dan menikmati pelbagai kemudahan serta bahan rujukan yang telah disediakan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Afiza Ibrahim di talian 019-880 6966 atau Sofea Sharif di talian 019-4675868.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Tindakan GPS tidak bantu PN tepat – Sim
Next: Bidayuh tidak boleh berpecah – Manyin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.