Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari pemimpin ‘luar biasa’ – Uggah
  • TEMPATAN

Abang Johari pemimpin ‘luar biasa’ – Uggah

Utusan Sarawak 4 months ago
UCAPAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak terus melakar kejayaan ‘luar biasa’ di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, diiktiraf bukan hanya atas wawasan serta dedikasinya, tetapi juga atas usaha gigih beliau berjaya mengubah negeri ini menjadi sebuah wilayah yang berkembang pesat dan terus melangkah maju ke hadapan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tidak ketinggalan menyuarakan penghargaan terhadap usaha cemerlang Premier Sarawak yang berjaya membawa perubahan besar yang positif kepada negeri ini.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah mencatatkan pendapatan tertinggi dalam sejarahnya, dengan peningkatan yang luar biasa daripada RM5.6 bilion pada 2017 kepada RM14.2 bilion tahun lalu.

“Tahun yang sama juga turut menyaksikan belanjawan negeri yang terbesar dalam sejarah, mencecah RM15.8 bilion, satu angka yang mencerminkan keberkesanan dan ketelusan perancangan kewangan yang telah dirangka dengan begitu teliti,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Uggah turut menambah bahawa pencapaian luar biasa ini turut mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk anugerah kepimpinan teknologi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengiktiraf sumbangan besar Premier Sarawak dalam memacu pembangunan teknologi di negeri ini.

“Penghormatan lain juga telah diberikan oleh Sultan Brunei serta Yang di-Pertua Negeri Sabah atas jasa besar beliau dalam memacu pembangunan negeri ini, selain dinobatkan sebagai Newsmaker of the Year 2024 oleh sebuah podcast terkenal, Keluar Sekejap.

“Kepimpinan beliau adalah satu mercu tanda yang memberi harapan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

Uggah menjelaskan pencapaian ini merupakan bukti nyata bahawa Sarawak kini berada di landasan yang lebih kukuh untuk terus maju, dengan kepimpinan Premier Sarawak sebagai panduan dan sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi rakyat negeri ini.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warga kerja MBKS perlu wujud inisiatif baharu, produktif
Next: Pastikan kebajikan keluarga waris terjaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.