Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Wahab Dolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Wahab Dolah

Utusan Sarawak 1 month ago
SAMBUTAN MERIAH… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut oleh para tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dato Sri Abdul Wahab Dolah di kediamannya di Lorong 4, Kampung Nangka hari ini.

SIBU: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Abdul Wahab Dolah yang diadakan di kediamannya di Lorong 4, Kampung Nangka di sini, dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum.

Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah Hari Raya dan minuman sambil dihiburkan dengan persembahan artis terkenal seperti Herman Tino, Liza Aziz serta yang lain.

Majlis kemudian diserikan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SEKITAR KEMERIAHAN… Para pengunjung semasa menunggu ketibaan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Dato Sri Abdul Wahab Dolah di kediamannya di Lorong 4, Kampung Nangka hari ini.

Abang Johari tiba pada majlis tersebut sekitar 2.18 petang dan disambut sendiri oleh Abdul Wahab dan isteri, Datin Sri Raesah Adai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ta Ann Dato K.H. Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad serta yang lain turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Terdahulu, Premier serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapa’ee di Jalan Kangkong.

Beliau kemudian mengakhiri kunjungan Aidilfitri di Sibu hari ini dengan berkunjung ke kediaman Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad yang terletak di Jalan Jasmin pada sekitar 3.00 petang, yang mana beliau telah disambut oleh isteri Wan Hamid, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz serta ahli keluarga lain.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Pada sebelah malam pula, Abang Johari bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan untuk menghadiri majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu di Dewan Cancelor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Oleh Akun Giman/Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan ‘Ngabang Rayau’ tradisi eratkan ikatan sempena Aidilfitri    
Next: TYT, isteri kunjungi rumah terbuka Dato Sri Wahab Dolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.