KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri sesi dialog bersama Ketua Masyarakat Melayu Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching, Pemanca Roshidi Junai di Grand Ballroom, Hilton Kuching, petang semalam.
Tujuan sesi dialog tersebut adalah untuk memohon menubuhkan Persatuan Ketua-Ketua Masyarakat Melayu Negeri Sarawak.
Ketua Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membantu pentadbiran kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemajuan di kampung.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) merangkap Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Adun N6 Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.