Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

Utusan Sarawak 1 month ago

Aaron-Wooi Yik mengulangi aksi BAC edisi 2022 apabila berjaya mara ke final. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan juara bertahan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk menempah slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 malam ini.

Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China itu, gandingan keenam dunia berkenaan hanya mengambil masa 31 minit untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-12, 21-14, sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas.

Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi bertenaga dan permainan kemas untuk mematikan langkah lawan yang juga pasangan nombor tiga dunia sehingga kerap melakukan kesilapan sendiri, yang menghadiahkan mata percuma kepada pasangan negara.

Prestasi cemerlang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu juga adalah kesinambungan daripada persembahan hebat mereka pada aksi suku akhir semalam, apabila menewaskan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

Menanti pasangan negara di pentas final esok adalah pemenang satu lagi aksi separuh akhir yang menemukan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China dan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir ini adalah yang kedua bagi Aaron-Wooi Yik selepas muncul naib juara pada edisi 2022, apabila tewas kepada Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dari Indonesia.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: BAC 2025: Aaron-Wooi Yik tempah slot ke final
Next: Aaron-Soh Wooi Yik tamatkan kemarau 18 tahun Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.