Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia dan Ukraine mulakan rundingan gencatan senjata, kata Trump
  • GLOBAL

Rusia dan Ukraine mulakan rundingan gencatan senjata, kata Trump

Utusan Sarawak 21 hours ago
RUSIA dan Ukraine dijangka memulakan rundingan bagi mencapai gencatan senjata dan menamatkan konflik dalam masa terdekat.

WASHINGTON: Rusia dan Ukraine dijangka memulakan rundingan bagi mencapai gencatan senjata dan menamatkan konflik dalam masa terdekat, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selepas mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin, lapor Agensi Berita Rusia, TASS.

“Mengakhiri panggilan telefon selama dua jam bersama Presiden Vladimir Putin. Saya percaya ia berlangsung dengan baik.

“Rusia dan Ukraine akan segera memulakan rundingan ke arah gencatan senjata dan yang lebih penting, penamatan perang.

“Segala syarat akan dirundingkan antara kedua-dua pihak, sebagaimana sepatutnya, kerana hanya mereka yang mengetahui perincian rundingan yang tidak diketahui orang lain.

“Nada dan semangat perbualan itu sangat positif,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Putin sebelum itu memberitahu pemberita bahawa panggilan telefon beliau dengan Trump berlangsung lebih dua jam dan disifatkan sebagai perbincangan yang terus terang dan berisi.

Ini merupakan interaksi ketiga antara kedua-dua pemimpin sejak awal tahun ini. Panggilan terdahulu pada 18 Mac memfokuskan hubungan dua hala serta penyelesaian isu Ukraine.

Dalam panggilan pada 12 Feb, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu berkaitan Ukraine dan hubungan dua hala, selain bersetuju untuk meneruskan komunikasi.– Bernama-TASS

Continue Reading

Previous: Rang undang-undang pengurangan cukai Trump diluluskan
Next: Israel sasar hospital ditaja Qatar di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.