Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis digesa bertindak tegas terhadap tindakan samseng
  • TEMPATAN

Polis digesa bertindak tegas terhadap tindakan samseng

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO’ Sri Tiong King Sing menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam kalangan keluarga polis pada majlis Malam Mesra Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama warga IPD Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Polis digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak seperti samseng dan cuba mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing menegaskan bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada tindakan undang-undang, termasuk individu yang memiliki pengaruh atau kekuatan tertentu.

“Saya meminta polis menjalankan tugas secara tegas terhadap sebarang kegiatan gangsterisme atau mereka yang bertindak di luar batas undang-undang.

“Kita tidak mahu ada pihak yang menggunakan kuasa atau pengaruh untuk menunjukkan kekuatan mereka. 

“Saya percaya, kecekapan dan kuasa polis jauh lebih baik daripada mana-mana samseng.

“Teruskan tugas anda dan saya akan sentiasa memberi sokongan penuh,” katanya pada majlis Malam Mesra Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, malam tadi.

Beliau turut menekankan bahawa polis perlu diberi kebebasan penuh dalam menjalankan siasatan dan penguatkuasaan tanpa sebarang tekanan atau campur tangan.

“Kita tidak boleh mencampuri tugas polis ketika mereka menjalankan siasatan.

“Sekiranya terdapat aduan atau rasa tidak puas hati, sampaikan melalui saluran yang betul seperti kepada ketua polis daerah atau pegawai bertanggungjawab.

“Namun begitu, tindakan menghalang tugas polis sama sekali tidak boleh diterima,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sikap saling menghormati tonggak keharmonian negara
Next: Family members of an accident victim which claimed five lives are devastated

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.