Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak tawar pendidikan percuma sepenuh masa kepada pelajar dewasa
  • PENDIDIKAN

Sarawak tawar pendidikan percuma sepenuh masa kepada pelajar dewasa

Utusan Sarawak 11 hours ago
RASMI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Sarawak, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menawarkan pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma kepada rakyat Sarawak, termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sebelum ini.

Berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 peringkat negeri, beliau menggesa anak Sarawak supaya merebut peluang menjadi pelajar prasiswazah dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan teknologi terkini.

UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Sarawak, hari ini. Foto BERNAMA

“Janji kamu minat sahaja, duduk dan belajar untuk ‘upskill’. Sesiapa yang sudah bekerja dan memiliki diploma boleh kembali ke kampus sebagai pelajar dewasa.
“Belajar itu adalah proses seumur hidup kerana teknologi sentiasa berubah,” katanya.

Abang Johari menjelaskan bahawa inisiatif ini akan membangunkan modal insan Sarawak menerusi pendidikan tinggi dan latihan kemahiran.

SEBAHAGIAN daripada pekerja sektor awam dan swasta yang menghadiri majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Sarawak, hari ini. Foto BERNAMA

Dalam sidang media selepas majlis, beliau menegaskan tawaran pendidikan percuma ini khusus untuk pengajian sepenuh masa dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Antara syaratnya, pemohon mestilah anak kelahiran Sarawak. Ia bukan program separuh masa, tetapi disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

Mulai tahun depan, Sarawak akan membiayai pendidikan percuma bagi 64 kursus terpilih di institusi milik negeri, termasuk Kolej Universiti i-CATS (iCats), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Universiti Teknologi Sarawak, Curtin University Sarawak, dan Swinburne University of Technology Sarawak. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: PBSM Sibu terus komited lahirkan pelajar berjiwa kemanusiaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.