Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, lima cedera insiden letupan di California
  • GLOBAL

Seorang maut, lima cedera insiden letupan di California

Utusan Sarawak 8 hours ago
PARA penyiasat memeriksa kemungkinan bukti berhampiran klinik kesuburan American Reproductive Centers selepas satu letupan bom pada 17 Mei 2025 di Palm Springs, California. Foto AFP

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima lagi cedera dalam satu letupan di luar sebuah klinik kesuburan di bandar peranginan padang pasir Palm Springs, California pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Individu yang dipercayai bertanggungjawab dalam letupan itu terbunuh di tempat kejadian, kata sumber penguatkuasaan undang-undang. Identiti mangsa yang maut belum didedahkan.

Ketua Polis Palm Springs, Andy Mills, berkata letupan itu dipercayai merupakan tindakan keganasan yang disengajakan. Letupan itu menyebabkan kerosakan besar, melibatkan beberapa bangunan di beberapa blok kawasan.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Peguam Negara Amerika Syarikat Pamela Bondi mengesahkan bahawa ejen persekutuan membantu pihak berkuasa tempatan dalam siasatan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan kecemasan aktif sementara siasatan dijalankan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat Lufthansa terbang tanpa juruterbang selama 10 minit – laporan
Next: 2 maut kapal layar langgar Jambatan Brooklyn di New York  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.